Nektar Bunga Durian dan Proses Pendebungaan
Ketahui peranan nektar bunga durian dalam menarik serangga dan kelawar sebagai pendebung, serta tempoh reseptif bunga selama 16-18 jam.
Transkrip
[SPEAKER_00] Salam durian semua. Okay, pada masa bunga kembang macam ni. Okay, antara yang boleh kita tekankan atau boleh kita nikmati juga di dalam kebun durian adalah dengan menikmati nektar durian. Okay, kehadiran nektar di dalam bunga durian adalah bertujuan sebagai menjadi daya tarikan kepada ejen penyerbukan seperti serangga kecil dan juga kelawar sebagai ejen pollinator. Okay, tahap nektar di dalam sesebuah bunga dipengaruhi oleh unsur zinc dan juga boron. Okay. Dan salah satu yang perlu kita tekankan juga adalah kadar reseptif bunga tersebut. Kadar reseptif bunga durian adalah dalam tempoh 16 ke 18 jam daripada bunga mekar. Bunga mekar kebanyakan untuk durian adalah pada petang ataupun lewat petang bawa ke malam. Dan, bagaimana keadaan nektar yang kita boleh didapati pada bunga durian. Contoh macam bunga keadaan macam ni yang akan kembang pada waktu malam. Keadaan nektar pun sudah ada. Dan yang ini contoh keadaan nektar yang kita ambil yang telah kembang pada malam tadi. Kita boleh nampak cecair-cecair yang di dalam kelopak ni. Okay. Dan kita boleh rasalah. Bagaimana rasanya. Dan rasanya adalah sangat manis. Okay. Dan ini juga boleh dijadikan atau berpotensi untuk menarik pengunjung ataupun peminat-peminat durian untuk menikmati dan juga salah satu pendidikan di dalam industri pertanian kita. Okay. Selamat mencuba.
Video Berkaitan
Kaedah Persenyawaan Durian: Semula Jadi dan Manual
Pelajari cara persenyawaan semula jadi dan manual menggunakan penyapu habuk, serta aktiviti yang perlu dielak semasa bunga kembang.
Ali Hanafiah
Konsultasi Percuma Kebun Durian Sabah - Analisis Pokok
Pakar menilai kesihatan pokok durian di ladang, membincangkan keperluan irigasi, tanda kekurangan kalsium, dan pemulihan pokok.
_realstrong_
Nektar Bunga Durian Penarik Pendebungaan Semula Jadi
Lihat bagaimana nektar dalam bunga durian menarik kelawar dan haiwan lain untuk proses pendebungaan semula jadi di ladang.
Ali Hanafiah
Bersedia untuk Mengaplikasikan Apa yang Anda Pelajari?
Gunakan alat pengurusan estet DurianPro untuk mempraktikkan pengetahuan anda.
Cuba Percuma