Durian Pollination: Natural and Manual Methods
Learn how natural pollinators and manual brush pollination work, plus which farm activities to avoid during the flowering stage.
Transcript
[SPEAKER_00] dan salam durian. [SPEAKER_00] Okay, antara faktor yang mempengaruhi kadar kejadian buah untuk tanaman durian adalah salah satunya ialah persenyawaan. Persenyawaan untuk tanaman durian boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara semula jadi dan juga secara berbantu ataupun secara manual. Bagi penyerbukan secara semula jadi, antara pollinator yang membantu dalam persenyawaan adalah seperti serangga kecil, kelawar, pergerakan udara ataupun angin dan juga titisan air. Dan bagi kaedah manual, ok, penyerbukan berbantu boleh dijalankan dengan menggunakan penyapu habuk yang lembut, ok, disapukan pada kawasan bunga yang kembang dalam tempoh tujuh ke sepuluh hari. Tujuannya adalah untuk membantu atau untuk memastikan ataupun untuk mengoptimumkan kadar [SPEAKER_00] kejayaan persenyawaan. Ok, dan di sini ada ke tambahan eh. Okay. Selepas habis saja kerja kita menyapu tu, kita dapati pada hujung, aa, pembersih habuk ni, bila kita pegang memang boleh nampak lah tangan pun macam melekit. Ini adalah, aa, kesan daripada nektar yang berada pada bunga ataupun madu yang, aa, pada, pada bunga eh, bukan pada buah. Okay. Pada fasa ini, antara kerja yang perlu kita kawal iaitu ketika bunga tengah kembang. Okay. kita kawal. Tiada kerja untuk penyemburan racun serangga dan perosak. Tiada penyemburan folia dan juga pembajaan kerana pada fasa bunga kembang ni, ini adalah fasa sensitif pokok. Okay, dan bagi program malam ni, kita akan, aa, buat pemantauan perkembangan bunga, apa yang berlaku dan kita akan update dari masa ke semasa. Semoga kaedah ni boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam meningkatkan kadar hasil untuk tanaman durian. Sekian terima kasih.
Related Videos
Free Durian Farm Consultation in Sabah - Tree Analysis
Learn how experts assess durian tree health on-site, covering irrigation needs, calcium deficiency signs, and tree recovery techniques.
_realstrong_
Durian Flower Nectar and Natural Pollination
See how nectar inside durian flowers attracts bats and other animals, driving natural pollination on your farm.
Ali Hanafiah
Durian Flower Nectar and Natural Pollination
Learn how durian flower nectar attracts pollinators like insects and bats, and why the 16-18 hour receptive window matters for fruit set.
Ali Hanafiah
Ready to Apply What You Learned?
Put your knowledge into practice with DurianPro's estate management tools.
Try Free